KELEBIHAN BEKERJA DI SINGAPURA ! GAJI DAN KOS SARA HIDUP ?

KELEBIHAN BEKERJA DI SINGAPURA ! GAJI DAN KOS SARA HIDUP ? | Nama Singapura cukup sinonim dengan Malaysia kerana Singapura merupakan negara jiran kepada Malaysia. Di samping kekuatan ekonomi Negara Kota singa ini juga menarik minat rakyat Malaysia untuk bekerja di sana.

kerja-di-singapura

Ia berikutan gaji di sana menggunakan Dollar yang mana nilainya lebih besar dari Ringgit Malaysia. Berikut merupakan KELEBIHAN BEKERJA DI SINGAPURA ! GAJI DAN KOS SARA HIDUP ?

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura!

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu… gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan “dijual” oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda… anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. 🙂

4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.

4 Kelebihan bekerja di singapura ini aku ambil dari Ebook Panduan Kerja di Singapura. Banyak maklumat mengenai kerja di singapura yang di tulis oleh penulis dalam ebook berkenaan.
Sebagai bantuan untuk anda, saya cadangkan Ebook Panduan kerja Di Singapura ini kepada anda sebagai sokongan kepada anda. Jangan berhenti kerja dahulu, dapatkan ebook ini dan mula buat penilaian mengenai kerja di singapura.
Insyaallah Ebook panduan kerja di singapura ini pasti akan membantu anda mendapat maklumat yang anda mahukan.
Dapatkan di sini – Panduan Kerja di Singapura .
Akhir sekali, mencuba nasib di singapura bukanlah mudah . Di mana-mana pun susah. keupayaan kita untuk mendapatkan maklumat sebelum membuat keputusan untuk bekerja di sana amatlah penting untuk mengelakkan kita “Angkat Kaki ” dari kota singa tersebut. Selamat mencuba !
Harapnya entri KELEBIHAN BEKERJA DI SINGAPURA ! GAJI DAN KOS SARA HIDUP ? membantu korang mendapatkan maklumat berkaitan kerja di singapura. gaji banyak tap kos sara hidup bagaimana ? fikirkanlah dan sila dapatkan panduan kerja di singapura bagi anda yang betul-betul serius nak kerja di sana.
Sekian.

One thought on “KELEBIHAN BEKERJA DI SINGAPURA ! GAJI DAN KOS SARA HIDUP ?

Leave a comment